Nuffnang Ads

Tuesday, 27 September 2011

BINGKA KACANG HIJAU


Halo readers…

Hari ni saya nk share resepi Bingka Kacang Hijau pulak…Resipi ni dari kakak saya tau…Dia jer yang suka buat2 kueh ni..ehehe..saya ni sekadar memerhati dan belajar...


BAHAN-BAHAN:
600 g tepung gandum
3 cawan gula pasir
3 biji telur ayam
1½ biji kelapa diambil santan (anggaran 6 cawan)
2 sudu pandan paste
1 sudu esen pandan
350 g kacang hijau (direbus)

CARA MEMBUAT:
Pukul telur dan gulan hingga hancur dan rata.
Masukkan tepung santan, pandn pase dan esen pandan. Kemudian adun hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan kacang hijau yang telah direbus.
Sapukan loyang/acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar sehinggan masak…

Bingka Kacang Hijau yang telah siap dibakar
 P/S: Kala nk tahu sukatan cawan yang digunakan, sila ke entri Puding Keju ala SITAHjewl
SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment