Nuffnang Ads

Monday, 19 September 2011

KEK LAPIS HORLICK



Kali ni, saya nak share Kek Lapis Horlick pulak...

Bahan-bahan:

1 gelas tepung cream creaker (100 g) (roti creaker yang kakak I slalu guna is creaker Tiger)
1½ gelas tepung gandum
10 biji telur
1½ gelas gula halus
14 oz mentega
½ tin susu manis
1 botol kecil horlick
2 sudu besar golden syrup
1 sudu besar ovalett
Sedikit esen vanilla
Browning sugar


Cara membuatnya:

Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.Kemudian masukkan ovalett dan pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas yang lain, pukul mentega, susu, horlick, tepung cream creaker dan golden syrup hingga kembang.
Satukan adunan tersebut dan gaul rata. Masukkan tepung gandum dan gaul lagi hingga rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian dibiarkan tanpa apa2 campuran manakala satu bahagian lagi dicampur dengan browning sugar.
Bakar adunan berlapis-lapis dengan selang satu warna sehingga habis.

Selamat mencuba…
Acuan 8x8….

4 comments:

  1. wah nmpk resepi cam best je ni..boleh cuba..xde gmbr ke?lg menarik kl letak gmbr kek tue sekali..*wink ;)

    ReplyDelete
  2. thanks ciktom coz sudi jd follower sy yang masih lagi merangkak dlm dunia blog ni..heheheh...sori la...kek ni xde gmbar...ciktom bleh la cuba..ni antara kek lapis sarawak yg plg digemari kwn2 sy....

    ReplyDelete
  3. wah .. wah .. wah .. mcm sedap jer

    ReplyDelete