Nuffnang Ads

Sunday, 18 September 2011

KEK LAPIS MUTIARA

Halo readers....resepi ni namanya Kek Lapis Mutiara....sedap jugk...thats why saya nak shae ngn korang....
Antara bahan yang digunakan
Bahan-bahan:
25 biji kuning telur
5 biji putih telur
2 gelas gula halus
2 gelas tepung Hong Kong
1½ sudu makan ovalett
16 oz mentega
½ botol pandan paste
½ Botol strawberi paste
½ Botol oren paste
½ tin Susu manis
500 gram roti jari

Cara membuatnya:
Pukul telur dan ovalett, gula hingga kembang. Masukkan tepung, gaul rata. Ketepikan.
Mentega dan susu dipukul hingga putih. Campurkan kedua-dua adunan tersebut.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian
1. pandan paste
2. strawberi paste
3. oren paste
Mula-mula lapis warna pandan 3 lapisan, susun roti jari jarak sebiji roti. Kemudian strawberi 3 lapisan, susun roti. Buat demikian sehingga habis.

P/S: Kalau ada sebarang kemusykilan, bleh letak soalan anda kat komen…Insyaallah, saya tolong jawab….

No comments:

Post a Comment