Nuffnang Ads

Friday, 16 September 2011

MARBLE CHEESE CAKE

Kalau korang nak tahu, Marble cheese cake ni lah antara kek lapis Sarawak yang paling glamour sekali...Nak tau kenape??? Sebab ramai org suke makan cheese la....ni resepi Marble cheese cake yang kakak saya buat setiap kali Aidilfitri menjelang.....Nak tahu sedap ke tak, cubalah...tak rugi....Sori la coz takde gambar yang spesifik utk kek ni...yang korang nampak kt gambar tu adalah kek lapis yang ada kat rumah saya raya 2011...yang hujung sekali warna coklat dan krim yang 4 lapis tu la marble cheese cake...yang tu special sebab kakak saya buat 4lapis....hahahaha


Bahan A
370 g mentega
80 g koko
500 g gula halus
312 g tepung gandum
4 biji telur

Bahan B
1 kg Cream Cheese
300 kg gula halus
2 biji telur
2 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:
Bahan A
Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
Masuk telur satu persatu.
Kemudian masukkan tepung tepung gandum dan koko.

Bahan B
Cream cheese dan gula dipukul rata.
Kemudian masukkan telur satu persatu dan masukkan vanilla.
Gaul rata.

Masukkan bahan A ke dalam acuan dan bakar hingga masak. Setelah masak, masukkan bahan B dan bakar lagi.

Acuan yang kakak saya selalu pakai is 9x9…
Selamat mencuba…

No comments:

Post a Comment