Nuffnang Ads

Thursday, 6 October 2011

MENARIK TENTANG KUCING

Berikut adalah beberapa menarik yang perlu anda tahu berkenaan kucing(pusak)...

-Ailurophilia adalah pencinta kucing.

-Degupan jantung kucing adalah dua kali lebih cepat dari manusia, 110-140 degupan seminint

-Jika kucing anda berada berdekatan anda dan menggeselkan badannya kepada anda sambil ekornya menegak tinggi, ini adalah ekspresi kasih sayang yang diberikan oleh kucing anda kepada anda.

-Corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza, sama seperti cap jari manusia

-Kucing hampir tidak pernah mengiaw kepada kucing lain. Mengiaw adalah komunikasi kepada manusia.

-Kucing yang suka bergaul akan mengikut anda dari bilik ke bilik (kemana sahaja) untuk melihat aktiviti anda sepanjang hari.

-Warna mata anak kucing akan berubah apabila mereka dewasa

-Kucing tidur 16 jam sehari.

-Kucing akan lebih aktif pada waktu petang

-95% pemilik kucing mengaku mereka bercakap dengan kucing mereka.

-Jika anda tidak dapat merasa tulang rusuk kucing anda, maksudnya kucing anda terlalu berat.

-Misai adalah antenna bagi kucing untuk mengukur sama ada mereka dapat memasuki sesuatu kawasan.So, make sure korang tak potong misai kucing….

-Jika kucing menggigit anda ketika anda menggaru perut mereka, itu bukan gigitan marah tapi gigitan keseronokan.

-Kucing dewasa ada 32 batang gigi

-Kucing tahu jika anda menjerit kepada mereka.(walaupun kadang2 mereka buat tak tau…)

-Kucing akan membunuh mangsa mereka berdasarkan kepada pergerakan mangsa mereka, tapi kadangkala mereka tidak menyedari mangsa adalah makanan.menyedari mangsa adalah makanan adalah tingkah laku yang dipelajari setiap hari.

-Suhu normal badan kucing adalah 101.5 darjah.. lebih panas dari manusia.

-Kucing mempunyai 290 tulang dan 517 otot dalam badan mereka.

-Kucing juga menyayangi anda dan boleh membaca moods anda. Jika anda tertekan atau bersedih, anda boleh lihat perubahan pada tingkah laku kucing anda.

-Seseorang yang memelihara kucing mempunyai kurang tekanan.




1 comment:

  1. thanks for the info...
    nnt sy peratikan kucing sy

    ReplyDelete